Pages

Monday 15 October 2012

Motorsikal Terbang Pertama Di Dunia


 Mengimpikan zaman kenderaan terbang sudah bermula sejak dari dahulu lagi. Pada ketika kita memasuki zon alaf baru, masing-masing memikirkan apakah akan wujud zaman kereta terbang seperti mana yang terdapat dalam filem-filem luar negara antaranya seperti Filem Men In Black. Impian itu cuba direalisasikan oleh seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy ia mencipta sebuah motorsikal terbang yang pertama didunia di dalam garaj miliknya di sini.

Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.
Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.
Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.
Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.
Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.
Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi.


No comments:

Post a Comment